Tuesday, February 2, 2010

Senario ragam manusia zaman sekarang

Peliknya manusia...

Pelik ya,duit RM 50 kelihatan begitu besar apabila dibawa ke kotak derma masjid,
tetapi begitu kecil apabila dibawa ke pasaraya

Pelik ya,30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir,
tetapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi

Pelik ya,betapa lamanya 1 jam berada di masjid,
tetapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang dipanggung

Pelik ya,tak sampai 30 minit dengar khutbah jumaat dah rasa jemu,
tetapi tak pernah puas dengar lagu kita waluapun dah ulang dua tiga kali

Pelik ya,dengar iklan jualan murah dalam TV tak sabar-sabar nak pergi membeli-belah,
tetapi apabila dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar saluran lain

Pelik ya,pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi,
tetapi masjid dekat dengan rumah terasa berat kaki melangkah pergi

Pelik ya,betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu pertandingan bola sepak menjadi kegemaran kita,tetapi betapa bosannya apabila imam solat tarawikh bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang

Pelik ya,rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau 1 halaman,
tetapi majalah hiburan dan novel 'Harry Potter' 300 halaman pun habis dibaca

Pelik ya,ramai orang berebut paling depan untuk menonton konsert,
tetapi ramai berebut cari saf paling belakang supaya boleh keluar cepat

Pelik tak kita?
Tepuk dada...tanyalah iman di hati.

No comments:

Post a Comment